Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
 
Bahasa Lain  
Saiz Teks:
A- A A+
Warna Tema: blue green red

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang sering diajukan oleh pengunjung Laman Web Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi kami ditalian 03-8886 5589/5817 atau email kepada kami di jpk[at]mohr[dot]gov[dot]my.

  

National Occupational Skills Standard (NOSS)

 1.    Apakah beza antara daftar NOSS dan NOSS?
    Daftar NOSS adalah senarai semua NOSS dalam lima (5) sektor utama (Pembuatan, pertanian, pekhidmatan, pengangkutan dan perlombongan), manakala NOSS adalah satu dokumen yang mengariskan ketrampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan.
     
 2.   Bagaimana saya boleh mendapatkan NOSS?
    NOSS boleh diperolehi di pejabat JPK Putrajaya dan Cyberjaya atau memohojn melalui pos. Setiap NOSS dijual dalam bentuk CD berharga RM20.00 dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan, atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’.
     
3.   Apa boleh dilakukan sekiranya terdapat beberapa kemahiran yang belum lagi disediakan NOSS walhal didapati kemahiran tersebut sangat diperlukan.
    Cadangan pembangunan NOSS boleh dilakukan secara rasmi dengan mengisi borangJPK/NOSS/1008, BORANG CADANGAN PEMBANGUNAN NOSS yang boleh diperolehi dalam Laman Web JPK.
     
4.   Adakah noss menyenaraikan keperluan peralatan, perkakasan dan bahan sebagai makluman pusat bertauliah sebelum membuat sesuatu permohonan pentauliahan program.
    Ya, Senarai tersebut boleh disemak pada profile tugasan atau pada Unit Kompetensi.
     
5.   Pusat bertauliah saya telah diluluskan untuk menjalankan program kemahiran bagi noss tertentu tetapi baru 2 bulan ditauliahkan kod noss berubah. Apakah yang perlu dilakukan oleh pusat saya?
    Pusat Bertauliah ada dua pilihan:

  1. Meneruskan pelaksanaan latihan berasaskan NOSS lama. Namun demikian pastikan tarikh tamat latihan tidak melangkaui tarikh tamat pentauliahan. Jika ini akan berlaku, kumpulan pelatih berkenaan perlulah mengikuti program berasaskan NOSS baru dan Pusat Bertauliah wajib memohon pentauliahan untuk NOSS baru.
  2. Sekiranya belum ada calon yang sedang dilatih, PB boleh memohon pentauliahan menggunakan NOSS baru.

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

 1.   Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah PPT?
    Satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan ketrampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) /National Occupational Skills Standard (NOSS) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.
     
 2.   Mengapa saya perlu memohon PPT?
    PPT dapat:
  1. Memberi pengiktirafan secara formal kepada kekompetenan individu;
  2. Memberi peluang pekerjaan yang luas kepada individu; dan
  3. Meningkatkan kerjaya individu dalam industri pekerjaan.
     
3.   Siapakah yang layak memohon PPT?
    Terbuka kepada individu yang mempunyai kekompetenan melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup atau latihan (formal atau tidak formal).
     
4.   Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum memohon SKM melalui PPT?
    Anda perlu
  1. Mengenalpasti bidang dan tahap yang hendak dipohon dengan merujuk kepada daftar NOSS yang terkini.
  2. Mendapatkan maklumat mengenai panduan permohonan PPT.
* (Sila layari laman web JPK di www.dsd.gov.my bagi mendapatkan maklumat perkara 1 dan 2).
     
5.   Apakah beza diantara daftar NOSS dan NOSS?
    Daftar NOSS adalah senarai semua NOSS dalam lima (5) sektor utama (Pembuatan, pertanian, pekhidmatan, pengangkutan dan perlombongan). Manakala NOSS adalah satu dokumen yang mengariskan ketrampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan.
     
6.   Bagaimana saya boleh mendapatkan NOSS?
    NOSS boleh diperolehi di pejabat JPK Putrajaya dan Cyberjaya. Setiap NOSS berharga RM20.00 dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan, atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’.
     
7.   Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya kemahiran yang dimiliki tidak memenuhi sebahagian keperluan NOSS?
    Pemohon perlu memenuhi kemahiran seperti yang ditetapkan dalam keperluan NOSS:
  1. Melalui latihan di PB-PPT- panduan ini boleh didapati di laman web JPK www.dsd.gov.my; atau
  2. Mengumpul pengalaman sehingga cukup.
     
8.   Bagaimana hendak memohon SKM melalui kaedah PPT?
    Pemohon perlu:
  1. Mencetak dan mengisi borang pendaftaran PPT yang boleh diperolehi melalui laman web (www.dsd.gov.my) atau boleh diperolehi di mana-mana pejabat JPK.
  2. Menghantar borang yang lengkap disi beserta bayaran dan dokumen sokongan yang diperlukan ke JPK Cyberjaya melalui pos ataupun serahan tangan.
     
9.   Berapakah kadar bayaran bagi pemohonan SKM melalui kaedah PPT?
   
  1. Kadar bayaran adalah sebanyak RM 300/tahap dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan (L.O), atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’.
  2. Resit akan diserahkan kepada pemohon selepas pendaftaran dibuat beserta dengan “Notis Pendaftaran dan Penugasan”.
     
10.   Bagaimanakah saya hendak mengetahui permohonan telah diterima?
   
  1. Permohonan yang layak, JPK akan mengeluarkan “Notis Pendaftaran dan Penugasan” beserta resit kepada calon
  2. Permohonan yang ditolak,borang permohonan dan bayaran akan dipulangkan kepada calon.
     
 11.    Kenapakah permohonan saya ditolak?
   
  1.  Borang permohonan tidak lengkap; atau
  2. Pemohon tidak memenuhi syarat kelayakan memohon PPT.
     
 12.    Apakah yang perlu saya lakukan selepas menerima “Notis Pendaftaran dan Penugasan”?
     Calon perlu menghubungi PP untuk menetapkan tarikh sesi kaunseling dan penilaian

* Calon adalah digalakkan mengumpul bukti-bukti keterampilan yang dimiliki sebelum sesi kaunseling dan penilaian dijalankan.
     
13.   Berapa lamakah tempoh pembangunan portfolio yang dibenarkan?
   
  1. 2 bulan - SKM 1/2/3
  2. 5 bulan - DKM/DLKM (termasuk pembangunan projek/kes pengalaman terdahulu)
* Tempoh yang ditetapkan adalah tarikh “Tempoh Penilaian” seperti di dalam “Notis Pendaftaran dan Penugasan”.
     
14.   Siapakah personel yang terlibat didalam menentukan mutu persijilan PPT?
   
  1. Calon;
  2. Pegawai Penilai (PP-PPT);
  3. Pegawai Pengesah Luaran (PPL-PPT);
  4. Pegawai pemantau JPK (untuk VTO/DKM/DLKM)
     
15.   Bolehkan saya memohon pertukaran PP-PPT yang telah ditugaskan?
    TIDAK DIBENARKAN.

JPK akan mempertimbangkan permohonan ini sekiranya calon mengemukakan alasan yang munasabah secara bertulis kepada JPK.
     
 16.   Bolehkah saya memohon tempoh perlanjutan sesi kaunseling dan penilaian.
    TIDAK DIBENARKAN.

JPK akan mempertimbangkan permohonan ini sekiranya calon mengemukakan alasan yang munasabah secara bertulis kepada JPK.
     
 17.   Sekiranya saya telah menyelesaikan proses kaunseling dan penilaian, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?
   
  1. PP-PPT akan menghubungi Unit PPT, JPK untuk memohon sesi verifikasi.
  2. Calon perlu bersedia untuk diverifikasi oleh PPL-PPT yang akan dilantik
  3. Keputusan verifikasi akan diketahui diakhir sesi verifikasi. 
* Sesi verifikasi wajib dihadiri oleh calon, PP-PPT dan PPL-PPT.
     
18.   Sekiranya saya telah selesai verifikasi, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?
   
  1. PPL akan menghantar borang pengeluaran sijil kepada JPK dan sijil akan dihantar terus kepada calon/ agensi yang menguruskan permohonan calon.
Calon hendaklah menghantar borang maklumbalas penerimaan sijil.
     
     
19.   Siapakah yang layak memohon Pengiktirafan Khas melalui PPT?
    Mereka yang layak memohon terbahagi kepada dua jenis permohonan iaitu: i. Personel yang telah memberikan khidmat kepakaran serta sumbangan cemerlang dalam aktiviti JPK khususnya, dan negara amnya di mana terbahagi kepada tiga kategori:

  • Kategori 1 : Personel Yang Terlibat Dalam Aktiviti JPK
  • Kategori 2 : Personel Pertandingan Kemahiran Peringkat kebangsaan/Antarabangsa
  • Kategori 3 : Personel ATM Yang Memiliki Sijil Tred ATM
  • Calon yang telah memiliki Diploma yang dikeluarkan oleh Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) ATAU Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) 
(Rujuk Panduan Permohonan Pengiktirafan Khas di laman web JPK www.dsd.gov.my ).
     
20.   Bagaimanakah kaedah untuk memohon PPT Khas?
   
  1. Personel yang telah memberikan khidmat kepakaran serta sumbangan cemerlang dalam aktiviti JPK :
    1. Borang Permohonan DKM.DLKM/SKM Melalui Pengiktirafan Khas [JPK/PPT/1008(P3)] rujuk lampiran B yang lengkap diisi.
    2. Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Majikan.
    3. Bayaran sebanyak RM300.00 bagi setiap tahap dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank, Pesanan Kerajaan (L.O) atas nama 'KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN'(tempoh sahlaku tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima).
    4. 'Curiculum Vitae' (CV).
    5. Salinan Ijazah/Diploma/Sijil-sijil/Surat Penghargaan yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Majikan.
    6. Bukti-bukti permohonan (Penglibatan dengan aktiviti JPK/ Sijil Tred ATM yang mana berkaitan).
  2. Calon yang telah memiliki Diploma yang dikeluarkan oleh Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) ATAU Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan(CIAST) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran.
    1. Pendaftaran melalui kaedah online e-SKM dengan melayari laman web http://eskm.dsd.gov.my. Calon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum memohon.
    2. Cetak surat pengiring kelulusan permohonan untuk rujukan. Permohonan menggunakan kaedah manual tida akan diproses dan akan dikembalikan.
    3. Bayaran sebanyak RM300.00 bagi setiap tahap dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank, Pesanan Kerajaan (L.O) atas nama "Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran" (tempoh sahlaku tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima).
    4. Mengemukakan salinan kad pengenalan pemohon, salinan Diploma berkenaan yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Majikan.
    5. Curiculum Vitae (CV).
    6. Permohonan yang tidak mematuhi mana-mana keperluan yang dinyatakan, akan ditolak dan bayaran tidak akan dikembalikan.
     
 21.   Ke manakah aduan mengenai PPT hendak disalurkan?
    Semua aduan hendaklah dibuat secara rasmi dengan menghantar surat kepada pengarah MOSQ.

Persijilan

 1.   Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kehilangan sijil SKM?
    Sekiranya berlaku kehilangan sijil, sila isikan borang JPK/SG/h4 yang boleh diperolehi daripada laman web JPK dan kemukakan dokumen-dokumen berikut (ASAL) untuk mendapatkan salinan SKM:
  1. Surat Akuan Sumpah - boleh menggunakan BORANG JPK/U/1022 (boleh ambil di kaunter JPK)
  2. Surat Akuan dari Institut/Salinan Sijil/Rekod Penilaian Kumulatif/Portfolio
  3. Bayaran RM55.00 bagi setiap satu sijil. dibuat menggunakan bank draf atas nama Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran.
(Nota: maklumat berkaitan dengan sijil hilang ada diterangkan dalam laman web www.dsd.gov.my di bawah pautan persijilan).
     
 2.   Apakah faedah mengikuti Persijilan Kemahiran Malaysia?
    Diiktiraf oleh industri di Malaysia, memberi suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik dan berupaya melahirkan pekerja mahir terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing negara di pasaran dunia.
     
3.   Bagaimanakah struktur Persijilan Kemahiran Malaysia?
    Terbahagi kepada 5 tahap seperti berikut :
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
     
4.   Apakah kaedah untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia?
    3 kaedah iaitu:
  • Latihan melalui institusi latihan yang diiktiraf (Pusat Bertauliah)
  • Latihan melalui industri dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
  • Melalui Kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT).
     
5.   Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya sijil SKM belum diterima dari Pusat Bertauliah sedangkan Pusat Bertauliah tersebut telah ditutup?
    Sila kemukakan surat rasmi kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan sertakan bukti kehadiran semasa pengajian di Pusat Bertauliah berkenaan berserta portfolio.
     
6.   Bagi permohonan pengeluaran SKM, apakah borang yang digunakan?
    Gunakan borang JPK/P3 /T1003.
     
7.   Bagaimanakah cara untuk memohon lawatan PPL?
    Perlu memohon kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran.sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh lawatan PPL. Pemohon perlu menghantar senarai nama pelatih yang bakal diverifikasikan. Borang berkenaan (Borang Senarai Calon Bagi Verifikasi PPL)  boleh dimuat turun dari laman web www.dsd.gov.my di bawah pautan “muat turun borang”.
     
8.   Berapakah bayaran pendaftaran bagi calon antarabangsa.
    RM200/orang  bagi setiap tahap kemahiran
     
9.   Adakah projek yang perlu disediakan dalam persijilan DKM & DLKM merupakan projek yang akan dilaksana atau sedang dilaksana atau telah dilaksana?
    Projek yang akan dilaksanakan.
     
10.   Adakah satu kemestian untuk sesuatu projek yang disediakan dalam persijilan DKM & DLKM perlu memenuhi sekurang-kurangnya 80% keterampilan yang digariskan dalam NOSS?
    Bukan 80% tetapi sekurang-kurangnya 25% daripada ketrampilan utama dalam NOSS.
     
11.   Saya memiliki SKM Peringkat Asas. Bolehkah saya mengikuti latihan untuk SKM Tahap 2 tanpa mendapatkan SKM Tahap1?
    Ya, boleh dengan syarat permohonan bagi bagi kemahiran yang sama. SKM Asas adalah dianggap bersamaan dengan SKM Tahap 1.

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

 1.   Apa yang dimaksudkan dengan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)?
    Sila dapatkan jawapan dan semua persoalan mengenai SLDN di http://aidansoftware.com/client/jpk/new-portal/index.php/my/perkhidmatan/sldn
     
 2.   Bagaimana untuk memohon menjalani program SLDN?
   
  • Semak iklan pengambilan secara kerap di laman web JPK atau Pusat Latihan SLDN atau dalam akhbar arus perdana.
  • Buat permohonan dengan mengikut arahan/kaedah pengambilan yang dinyatakan.
  • Tunggu surat tawaran daripada pelaksana jika berjaya dalam permohonan.
     
3.   Saya telah tamat latihan SLDN tetapi masih belum menerima.sijil. Kepada siapa patut saya berurusan?
    Buat semakan dengan pegawai bertanggungjawab sama ada sijil masih dalam proses percetakan, sudah diposkan atau penyerahan kepada pelanggan.
     
4.   Berapakah yuran pendaftaran yang dikenakan kepada perantis SLDN?
    Yuran pendaftaran yang perlu dibayar kepada JPK adalah sebanyak RM100.
     
5.   Apakah syarat-syarat yang perlu untuk mengikuti program SLDN?
    Secara umum adalah:
  • Warganegara Malaysia.
  • Boleh bertutur dan menulis dalam BM dan BI
  • berumur 16 – 40 tahun pada masa memohon
Nota: Walau bagaimanapun sesetengah syarikat meletakkan beberapa syarat tambahan mengikut keperluan mereka.
     
6.   Berapakah bayaran yang perlu saya lunaskan untuk mengikuti program latihan di bawah SLDN
    Tiada bayaran yang perlu dibuat, kecuali pendaftaran yang mungkin dikenakan oleh syarikat. Malah dalam SLDN perantis akan mendapat elaun latihan yang diberi oleh syarikat atau kerajaan melalui skim-skim latihan tertentu.
     
7.   Berapakah elaun yang diberikan kepada pelatih yang menjalankan SLDN khas?
    RM300 sebulan.
     
8.   Bagaimana untuk memohon sebagai pusat bertauliah SLDN?
    Kemukakan permohonan dengan menggunakan borang JPK/SLDN/DI01 bagi Pusat Latihan SLDN dan Borang JPK/SLDN/DSO1 bagi Syarikat SLDN yang boleh dimuat turun dari laman web JPK.
     
9.   Apakah proses yang perlu dilakukan untuk perlaksanaan peperiksaan akhir SLDN?
   
  1. Pusat latihan melantik penggubal soalan.
  2. pusat latihan / syarikat mengemukakan borang JPK/SLDN/PO3 ke JPK bersama-sama dengan 2 set soalan teori dan praktikal dalam bentuk softcopy 2 bulan sebelum tarikh peperiksaan.

Pentauliahan

 1.   Apa yang dimaksudkan dengan Pusat Bertauliah (PB)?
    Pusat Bertauliah (PB) adalah sesuatu organisasi sama ada sebuah instutut latihan atau syarikat yang dliluluskan oleh JPK bagi melaksanakan program latihan kemahiran berasaskan NOSS.
     
 2.   Apakah syarat atau kriteria untuk menjadi Pusat Bertauliah?
    Rujuk “Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Dibawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012” yang boleh dimuat turun dari laman web JPK
     
3.   Bagaimanakah cara untuk memohon menjadi pusat bertauliah JPK?
    Memohon secara online di http://eskm.dsd.gov.my dan menghantar bersama dokumen sokongan beserta bayaran sebanyak RM1500.00 dalam bentuk bank draf atau money order atas nama “Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran”. Rujuk “Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat BertauliahDibawahSistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012” yang boleh dimuat turun dari laman web JPK
     
4.   Apakah kelayakan yang perlu ada pada Pegawai Penilai (PP) di pusat bertauliah?
    Mempunyai surat lantikan daripada pusat bertauliah, telah hadir kursus Induksi Pentaulliahan dengan jayanya, memiliki SKM sekurang-kurangnya 1 tahap lebih tinggi daripada tahap yang diajar dan memiliki sijil teknik mengajar yang diiktiraf oleh JPK.
     
5.   Bagaimanakah cara untuk memperbaharui pentauliahan?
    Memohon secara online di http://eskm.dsd.gov.my dan menghantar bersama dokumen sokongan beserta bayaran sebanyak RM200.00 untuk setiap program dalam bentuk bank draf atau money order atas nama Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran.
     
6.   Apakah program latihan kemahiran yang boleh ditawarkan oleh Pusat Bertauliah?
    Berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah dibangunkan. Sila rujuk laman web JPK untuk menyemak daftar NOSS.
     
7.   Setelah mengemukakan permohonan Pusat Bertauliah, berapa lama saya perlu menunggu untuk mendapatkan keputusan sama ada dilulus atau tidak?
    Keputusan boleh diketahui dalam tempoh 3 bulan sekiranya permohonan lengkap dan semua keperluan seperti dinyatakan dalam panduan dipatuhi.
     
8.   Siapakah yang layak mengikuti program latihan kemahiran?
    Warganegara yang boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama. walau bagaimanapun pusat bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih mereka.
     
9.   Berapa lamakah tempoh latihan bagi mengikuti program persijilan Kemahiran Malaysia?
    Secara umum, tempoh latihan adalah seperti berikut:
  • SKM Tahap 1: 600 jam.
  • SKLLM Tahap 2: 600 jam.
  • SKM Tahap 3: 1200 jam
  • DKM (Tahap 4): 1200 jam
  • DLKM (Tahap 5): 1800 jam
     
10.   Bolehkah bekas tahanan juvana atau sesiapa yang pernah dihukum atas apa-apa kesalahan jenayah mengikuti program latihan di Pusat Bertauliah?
    Boleh. Semua orang boleh mengikuti latihan tanpa mengira bangsa, agama, gender, sejarah lampau dan sebagainya. Yang utama beliau berminat, memenuhi syarat dan mampu mengikuti program berkaitan. Untuk makluman, program JPK juga ada ditawarkan di pusat serenti, pusat pemulihan akhlak malah di penjara.
     
11.   Bagi permohonan pengeluaran SKM, apakah borang yang digunakan?
    Gunakan borang JPK/P3 /T1003.
     
12.   Bagaimanakah cara untuk memohon lawatan PPL?
    Perlu memohon kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran.sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh lawatan PPLPemohon perlu menghantar senarai nama pelatih yang bakal diverifikasikan. Borang berkenaan boleh dimuat turun dari laman web www.dsd.gov.my di bawah pautan muat turun borang - Borang Senarai Calon Bagi Verifikasi PPL
     
13.   Berapakah bayaran pendaftaran bagi calon antarabangsa.
    RM200 bagi setiap kemahiran dan tahap
     
14.   Pusat bertauliah saya telah diluluskan untuk menjalankan program kemahiran bagi noss tertentu tetapi baru 2 bulan ditauliahkan kod noss berubah. Apakah yang perlu dilakukan oleh pusat saya?
    Pusat Bertauliah ada dua pilihan:
  1. Meneruskan pelaksanaan latihan berasaskan NOSS lama. Namun demikian pastikan tarikh tamat latihan tidak melangkaui tarikh tamat pentauliahan. Jika ini akan berlaku, kumpulan pelatih berkenaan perlulah mengikuti program berasaskan NOSS baru dan Pusat Bertauliah wajib memohon pentauliahan untuk NOSS baru.
  2. Sekiranya belum ada calon yang sedang dilatih, PB boleh memohon pentauliahan menggunakan NOSS baru.

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details… .