Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
 
Bahasa Lain  
Saiz Teks:
A- A A+
Warna Tema: blue green red

Perutusan Ketua Pengarah

kpnizam

 

 Assalamualaikum wbt.


Salam sejahtera dan Salam NegaraKu Malaysia.


Selamat datang dan terima kasih kerana melayari portal rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Saya berharap agar segala maklumat yang dipaparkan di dalam portal ini dapat memenuhi keperluan pengunjung dalam memperolehi maklumat berkaitan peranan JPK dalam pembangunan tenaga kerja mahir.


JPK merupakan agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi menggalak dan menyelaras strategi dan program latihan kemahiran sejajar dengan usaha untuk memperkasakan bidang kemahiran. Di bawah RMKe-11, sebanyak 60% daripada pekerjaan yang diwujudkan dijangka memerlukan kelayakan Technical Vocational Education & Training (TVET), dan ini menjadikan TVET sebagai platform penting bagi meningkatkan tenaga kerja mahir Malaysia. Kerajaan akan mempergiat latihan berasaskan industri bagi meningkatkan kebolehkerjaan. Pendekatan ini akan menghasilkan graduan berkemahiran yang memenuhi keperluan industri dan menjadikan TVET sebagai laluan pilihan.
Malaysia mensasarkan untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian, kerajaan telah mensasarkan 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2020, setanding negara maju seperti Jerman, Korea, Jepun dan lain-lain. Pencapaian ini tidak akan terhasil tanpa usaha gigih dan komitmen seluruh rakyat Malaysia. Pelaksanaan program transformasi ekonomi negara diunjurkan akan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan baru pada tahun 2020.


Adalah menjadi harapan saya agar masyarakat lebih yakin memilih latihan kemahiran sebagai opsyen kerjaya utama dan seterusnya menyumbang kepada usaha menjana ekonomi negara berpendapatan tinggi.


Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan ke arah pembangunan portal ini. Saya turut mengalu-alukan orang ramai mengemukakan cadangan bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan laman portal ini. Sebarang maklum balas, pandangan dan saranan boleh diajukan kepada aduan_jpk[at]mohr[dot]gov[dot]my


Sekian, Terima Kasih.

 

Nidzam Bin Kamarulzaman
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details… .